Wednesday, December 21, 2011

PROSES PENYUSUNAN BAHAN PENULISAN

ENTRI BLOG 4 



       Masalah kesetiaan dalam kalangan kaum muda dan tua, merupakan sebuah penulisan ilmiah, yang bertujuan memberi informasi dan wacana yang berunsurkan nasihat dan pemujukan. masalah yang khasnya melibatkan ragam usia ini lebih memudahkan tugasan saya dalam menyiapkan penulisan ini. pelbagai kaedah telah saya lakukan untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan. saya telah menemu bual rakan-rakan mahasiswa senior, rakan sejawat dan bagi mendapatkan cerita sebenar tentang pengalaman mereka semasa berada di kampus university, hidup jauh dari keluarga. Persoalan yang saya kemukakan adalah seperti, adakah pernah abang/ kakak menghadapi masalah spiritual yg melibatkan diri untuk selalu dekat dengan Allah SWT semasa berada di kampus? rata-rata mereka yang di temu bual pernah menghadapi masalah ini dan mereka banyak menceritakan pengalaman yg menarik kepada saya. Kemudian saya juga bertanyakan tentang sebab, cara mengatasi dalam permasalahan ini. banyak maklumat dapat saya berkongsi bersama mereka. selain itu, saya juga banyak melayari internet bagi menambah maklumat. Banyak blog-blog dan laman ilmiah lain dapat saya temukan dalam proses maklumat tambahan.

selain itu, saya juga turut berkunjung ke perpustakaan Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan jurnal, artikel, dan buku yang berkenaan dengan masalah kesetian dan berkaitan erat dengan agama. Banyak buku yg saya temukan, jujur saya sedikit bingung karena harus membaca buku itu semua hahaha, memang banyak tapi saya tak ada pilihan mahu tidak mahu saya harus mendapatkan maklumat yang banyak. Hasilnya saya telah mendapat beberapa jurnal dan artikel yang berkaitan dengan tajuk kesetian kepada Tuhan (Allah SW).
segala maklumat yang di temui telah di kumpulkan menjadi sebuah fail rujukan bagi memastikan proses dalam menyiapkan penulisan ini dapat di lakukan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment