Wednesday, December 21, 2011

PROSES PENYUSUNAN BAHAN PENULISAN


ENTRI BLOG 5

okay..  kali ini saya akan menceritakan proses penyusunan bahan penulisan. well tahap awal yaitu saya baca dan pahami dari sumber maklumat yang saya dapat dari pelbagai sumber yang ada untuk saya tuliskan ke dalam karya ilmiah yang akan saya buat. Kemudian saya akan bahagi kepada beberapa point untuk memudahkan pembaca dalam memahami tulisan yang saya buat. Iaitu saya akan mulakan dengan "pendahuluan" pada perenggan pertama  yang berisikan penjelasan  makna daripada "Kesetian kepada Tuhan". Untuk perenggan ke dua saya menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang setia kepada Tuhannya. sebenarnya saya menggunakan rangka tugasan yang telah saya buat pada awal sebelum saya memulakan untuk membuat karya ilmiah ini sebagai panduan untuk mewujudkan karangan yang baik. kerana dengan ada nya rangka karangan/tugasan membuat kita lebih mudah dalam memutuskan sebuah idea dan mengembangkan sebuah idea ke dalam tulisan yang akan dibuat. oke saya lanjutkan ke perenggan ke 3 saya menceritakan tentang "kepada siapa sahajakah kesetian itu ditunjukkan", tentu kita tahu kesetiaan itu sepatutnya kita tunjukkan kepada Tuhan kita yang telah memberikan kita kehidupan yang baik, tetapi tak hanya pada itu sahaja, kita juga perlu menunjukkan kesetiaan kita kepada makhluk cipataan Nya (manusia, hewan, tumbuhan, dan lainnya). untuk perenggan ke 4 saya mengungkapkan "perkara2 apa sahajakah yg menyebabkan manusia khususnya tak setia kepada Tuhannya". Kemudian perenggan2 berikutnya akan saya bahas tentang kesan-kesan positive yg setia pada tuhannya dan negatif khusunya orang2 yg tidak pernah setia akan tuhannya, dan yang terakhir kesimpulan untuk menyimpulkan apa-apa hal yang penting untuk di petik didalam penulisan ini. 

okay sekian dari saya, kepada lecturer saya puan Yusniza saya mohon maaf apabila banyak kata2 yg tidak tepat dalam penulisan bahasa melayu ini kerana saya bukan warga malaysia tetapi saya akan berusaha melakukan yg terbaik untuk dapat membuat penulisan ini, karena ada pepatah mengatakan di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, mungkin lebih tepatnya dimana saya berpijak saya wajib belajar bahasa yg digunakan di daerah tersebut (hehehe maaf kalau tidak nyambung). Wassalamu'alaikum

PROSES PENYUSUNAN BAHAN PENULISAN

ENTRI BLOG 4 



       Masalah kesetiaan dalam kalangan kaum muda dan tua, merupakan sebuah penulisan ilmiah, yang bertujuan memberi informasi dan wacana yang berunsurkan nasihat dan pemujukan. masalah yang khasnya melibatkan ragam usia ini lebih memudahkan tugasan saya dalam menyiapkan penulisan ini. pelbagai kaedah telah saya lakukan untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan. saya telah menemu bual rakan-rakan mahasiswa senior, rakan sejawat dan bagi mendapatkan cerita sebenar tentang pengalaman mereka semasa berada di kampus university, hidup jauh dari keluarga. Persoalan yang saya kemukakan adalah seperti, adakah pernah abang/ kakak menghadapi masalah spiritual yg melibatkan diri untuk selalu dekat dengan Allah SWT semasa berada di kampus? rata-rata mereka yang di temu bual pernah menghadapi masalah ini dan mereka banyak menceritakan pengalaman yg menarik kepada saya. Kemudian saya juga bertanyakan tentang sebab, cara mengatasi dalam permasalahan ini. banyak maklumat dapat saya berkongsi bersama mereka. selain itu, saya juga banyak melayari internet bagi menambah maklumat. Banyak blog-blog dan laman ilmiah lain dapat saya temukan dalam proses maklumat tambahan.

selain itu, saya juga turut berkunjung ke perpustakaan Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan jurnal, artikel, dan buku yang berkenaan dengan masalah kesetian dan berkaitan erat dengan agama. Banyak buku yg saya temukan, jujur saya sedikit bingung karena harus membaca buku itu semua hahaha, memang banyak tapi saya tak ada pilihan mahu tidak mahu saya harus mendapatkan maklumat yang banyak. Hasilnya saya telah mendapat beberapa jurnal dan artikel yang berkaitan dengan tajuk kesetian kepada Tuhan (Allah SW).
segala maklumat yang di temui telah di kumpulkan menjadi sebuah fail rujukan bagi memastikan proses dalam menyiapkan penulisan ini dapat di lakukan sebaik mungkin.

Wednesday, November 16, 2011

ENTRI BLOG 2 & 3 #Proses mencari & mendapatkan bahan



ENTRI BLOG 3

Well sebelum itu saya nak menyapa rakan-rakan bloger haiiii how are you today ? sebelum nya happy ied adha bagi yang merayakan nya. Untuk membuat wacana ini sebenarnya saya ada banyak masa lecturer ada bagi waktu 2 minggu mengikut  cuti mid break.  ok kali ini saya nak bercerita pasal kesetiaan. Ramai semua orang cukup Setia tapi banyak yang tak paham apa tu setia, sebenarnya simple sahaja, setia itu menerima apa adanya. Berhari hari saya piker pasal “kesetiaan” memang tak mudah lah, penat  rasanya otak ini kena piker penuh hahaha. Mengapa saya menyebut gelaran ini? Sebabnya ialah kerana pada hari ini, saya terus berhubung dengan hamba-hamba Allah yang masih berpegang teguh kepada prinsip 'kesetiaan'. Bagi saya secara peribadi, kesetiaan adalah bukti dalam tindakan bukan sahaja dalam perkataan semata-mata. Nahh banyak yang saya boleh rangkum makna sebenar daripada kata setia, sebab itu bahan bahan untuk membuat wacana ini  saya ambil dari pada beberapa pemikiran rakan-rakan saya, ada yang perempuan ada yang lelaki. Serta dalam proses untuk mendapatkan maklumat, saya telah pergi ke perpustakaan. Mengikut kamus dewan dan pustaka. Dalam hal ini saya juga bertanya langsung (saya guna pendekatan langsung untuk mendapatkan maklumat) kepada rakan perempuan saya yang berasal dari Bandung – Indonesia “setia itu menerima apa adanya, boleh itu dalam hubungan manusia terhadap manusia atau manusia terhadap Tuhannya.

Kemudian? Bagaimana pula dengan kita yang masih muda? Adakah kita akan menubuhkan cinta dengan orang yang tepat, dan setia kepada kami sehingga kematiannya? Marilah kita sentiasa meminta Allah yang Maha Kuasa untuk setia dengan pasangan jiwa kita, maka kita setia kepadanya. Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…  sampai jumpa lagi  Wassalamu'alaikum

Sunday, November 13, 2011

ENTRI BLOG 2 & 3 #Proses mencari & mendapatkan bahan



ENTRI BLOG 2

Assalamualaikum wr. Wb. kepada semua pembaca blog .. kembali lagi dengan saya yang dalam pos yang lalu, saya telah membincangkan tentang tajuk bahawa saya akan membuat satu wacana atau karya penulisan yang saya buat. Kali ini, saya akan memberitahu anda sedikit lebih lanjut mengenai tajuk setia ini kenapa saya memilih tajuk ini. Well pada minggu ke 4 dalam kuliah saya, saya harus mengumpulkan entri ke 1 dan draft wacana tersebut. Kemudian saya bahagikan kepada pensyarah saya iaitu Puan Yusniza Yaakub untuk membetulkan apa-apa sahaja bahagian yang perlu diganti, hmm mungkin saya sedikit akan menukar tajuk-tajuk yang saya telah membuat dan bukannya "Tuhan Setiakah saya Engkau" kepada "Ciri-ciri Kesetiaan Seorang Hamba Terhadap Tuhannya" kerana ia lebih baik untuk dijadikan tajuk wacana, kerana kita mahu membuat karya penulisan akademik bukan karya penulisan bebas sehingga saya memang perlu untuk mengubahsuai tajuk saya kembali. Di dalam penulisan yang bakal saya canangkan nanti akan merangkumi pelbagai aspek. Antaranya ialah seperti punca, kesan dan khasnya ciri-ciri kesetian yang hakiki seseorang hamba terhadap Tuhannya (Allah). Dalam kehidupan seorang hamba yang bergantung hidup sepenuhnya pada diri sendiri pastinya tidak terlepas daripada masalah ini. Semoga penulisan yang bakal saya persembahkan nanti dapat sama-sama kita manfaatkan. Sampai jumpa lagi.


Saturday, October 1, 2011

Tuhan Setiakah Aku PadaMu ?


Apa itu setia? Hmm kalau kita boleh mengertikannya boleh jadi banyak erti dari pada setia itu sendiri. Kata setia ini saya dapat semasa saya pergi ke dalam kelas Bahasa Melayu Penulisan yang terletak di bangunan ekonomi (economics buildings) di dalam kampus saya iaitu Universiti Utara Malaysia. Dalam kelas itu masing-masing pelajar diberi tugasan utnuk membuat sebuah karya tulis sebagai tugasan mereka. Well, kenapa saya memilih kata setia untuk tema penulisan yang saya ambil, kerana dari lima tema iaitu adil, setia, cantik, mulia, kosong dan menurut saya yang paling mudah untuk dikembangkan menjadi suatu paragraph atau suatu bentuk karya penulisan adalah kata setia. Kata setia itu banyak kita jumpai di dalam pengalaman kehidupan harian. Kesetiaan, bila mendengar kata itu secara langsung terlintas di fikiran kita mengenai hubungan di antara 2 manusia atau bahkan tentang hubungan manusia dengan benda, kesetiaan dua insan yang saling mencinta, kesetiaan terhadap sesuatu produk bahkan sering dibincangkan mengenai binatang, anjing contohnya yang merupakan "teman paling setia" manusia, tapi kita sering kali terlupa akan setia yang paling hakiki iaitu "Allah SWT".

Kemudian kenapa tajuk tentatif yang saya pilih adalah Tuhan setiakah aku padaMu? Kerana tema setia jarang dikaitkan dengan Tuhan jadinya penulisan ini menjadi suatu yang tak biasa. Kalau kita lihat kesetiaan terhadap manusia itu sudah biasa. Pembahasan tentang cinta sepasang dua insan yang sedang dilanda perasaan cinta dan sebagainya. Tapi adakah kita mahu melihat kesetiaan kepada diri kita sendiri terhadap Yang Maha Kuasa yang telah memberikan kehidupan kepada kita semua. Saya ingin menjelaskan kenapa kita perlu adanya kesedaran untuk melakukan bentuk wujud kesetiaan seorang hamba kepada Tuhan Nya melalui sebuah karya penulisan yang Insya Allah akan saya buat. Ini semua wujud dari keinginan saya sebagai pelajar yang sedang belajar sekaligus menghasilkan sebuah karya yang bermanfaat walaupun ini terbilang suatu tugasan. Sekurang-kurangnya ini boleh dibaca untuk umum dan memberi manfaat.

Saturday, October 23, 2010

My First Pivot Stickfigure Animator



berawal dari baca-baca di kaskus dan belajar dari tutorial di youtube, akhirnya saya tertarik untuk membuat pivot ini dan ini lah hasilnya yang masih belum sempurna..  maklum masih newbie hehehe..  (^_^)
check this out.., and please enjoy this video ^^