Saturday, October 1, 2011

Tuhan Setiakah Aku PadaMu ?


Apa itu setia? Hmm kalau kita boleh mengertikannya boleh jadi banyak erti dari pada setia itu sendiri. Kata setia ini saya dapat semasa saya pergi ke dalam kelas Bahasa Melayu Penulisan yang terletak di bangunan ekonomi (economics buildings) di dalam kampus saya iaitu Universiti Utara Malaysia. Dalam kelas itu masing-masing pelajar diberi tugasan utnuk membuat sebuah karya tulis sebagai tugasan mereka. Well, kenapa saya memilih kata setia untuk tema penulisan yang saya ambil, kerana dari lima tema iaitu adil, setia, cantik, mulia, kosong dan menurut saya yang paling mudah untuk dikembangkan menjadi suatu paragraph atau suatu bentuk karya penulisan adalah kata setia. Kata setia itu banyak kita jumpai di dalam pengalaman kehidupan harian. Kesetiaan, bila mendengar kata itu secara langsung terlintas di fikiran kita mengenai hubungan di antara 2 manusia atau bahkan tentang hubungan manusia dengan benda, kesetiaan dua insan yang saling mencinta, kesetiaan terhadap sesuatu produk bahkan sering dibincangkan mengenai binatang, anjing contohnya yang merupakan "teman paling setia" manusia, tapi kita sering kali terlupa akan setia yang paling hakiki iaitu "Allah SWT".

Kemudian kenapa tajuk tentatif yang saya pilih adalah Tuhan setiakah aku padaMu? Kerana tema setia jarang dikaitkan dengan Tuhan jadinya penulisan ini menjadi suatu yang tak biasa. Kalau kita lihat kesetiaan terhadap manusia itu sudah biasa. Pembahasan tentang cinta sepasang dua insan yang sedang dilanda perasaan cinta dan sebagainya. Tapi adakah kita mahu melihat kesetiaan kepada diri kita sendiri terhadap Yang Maha Kuasa yang telah memberikan kehidupan kepada kita semua. Saya ingin menjelaskan kenapa kita perlu adanya kesedaran untuk melakukan bentuk wujud kesetiaan seorang hamba kepada Tuhan Nya melalui sebuah karya penulisan yang Insya Allah akan saya buat. Ini semua wujud dari keinginan saya sebagai pelajar yang sedang belajar sekaligus menghasilkan sebuah karya yang bermanfaat walaupun ini terbilang suatu tugasan. Sekurang-kurangnya ini boleh dibaca untuk umum dan memberi manfaat.