Wednesday, December 21, 2011

PROSES PENYUSUNAN BAHAN PENULISAN


ENTRI BLOG 5

okay..  kali ini saya akan menceritakan proses penyusunan bahan penulisan. well tahap awal yaitu saya baca dan pahami dari sumber maklumat yang saya dapat dari pelbagai sumber yang ada untuk saya tuliskan ke dalam karya ilmiah yang akan saya buat. Kemudian saya akan bahagi kepada beberapa point untuk memudahkan pembaca dalam memahami tulisan yang saya buat. Iaitu saya akan mulakan dengan "pendahuluan" pada perenggan pertama  yang berisikan penjelasan  makna daripada "Kesetian kepada Tuhan". Untuk perenggan ke dua saya menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang setia kepada Tuhannya. sebenarnya saya menggunakan rangka tugasan yang telah saya buat pada awal sebelum saya memulakan untuk membuat karya ilmiah ini sebagai panduan untuk mewujudkan karangan yang baik. kerana dengan ada nya rangka karangan/tugasan membuat kita lebih mudah dalam memutuskan sebuah idea dan mengembangkan sebuah idea ke dalam tulisan yang akan dibuat. oke saya lanjutkan ke perenggan ke 3 saya menceritakan tentang "kepada siapa sahajakah kesetian itu ditunjukkan", tentu kita tahu kesetiaan itu sepatutnya kita tunjukkan kepada Tuhan kita yang telah memberikan kita kehidupan yang baik, tetapi tak hanya pada itu sahaja, kita juga perlu menunjukkan kesetiaan kita kepada makhluk cipataan Nya (manusia, hewan, tumbuhan, dan lainnya). untuk perenggan ke 4 saya mengungkapkan "perkara2 apa sahajakah yg menyebabkan manusia khususnya tak setia kepada Tuhannya". Kemudian perenggan2 berikutnya akan saya bahas tentang kesan-kesan positive yg setia pada tuhannya dan negatif khusunya orang2 yg tidak pernah setia akan tuhannya, dan yang terakhir kesimpulan untuk menyimpulkan apa-apa hal yang penting untuk di petik didalam penulisan ini. 

okay sekian dari saya, kepada lecturer saya puan Yusniza saya mohon maaf apabila banyak kata2 yg tidak tepat dalam penulisan bahasa melayu ini kerana saya bukan warga malaysia tetapi saya akan berusaha melakukan yg terbaik untuk dapat membuat penulisan ini, karena ada pepatah mengatakan di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, mungkin lebih tepatnya dimana saya berpijak saya wajib belajar bahasa yg digunakan di daerah tersebut (hehehe maaf kalau tidak nyambung). Wassalamu'alaikum

PROSES PENYUSUNAN BAHAN PENULISAN

ENTRI BLOG 4 



       Masalah kesetiaan dalam kalangan kaum muda dan tua, merupakan sebuah penulisan ilmiah, yang bertujuan memberi informasi dan wacana yang berunsurkan nasihat dan pemujukan. masalah yang khasnya melibatkan ragam usia ini lebih memudahkan tugasan saya dalam menyiapkan penulisan ini. pelbagai kaedah telah saya lakukan untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan. saya telah menemu bual rakan-rakan mahasiswa senior, rakan sejawat dan bagi mendapatkan cerita sebenar tentang pengalaman mereka semasa berada di kampus university, hidup jauh dari keluarga. Persoalan yang saya kemukakan adalah seperti, adakah pernah abang/ kakak menghadapi masalah spiritual yg melibatkan diri untuk selalu dekat dengan Allah SWT semasa berada di kampus? rata-rata mereka yang di temu bual pernah menghadapi masalah ini dan mereka banyak menceritakan pengalaman yg menarik kepada saya. Kemudian saya juga bertanyakan tentang sebab, cara mengatasi dalam permasalahan ini. banyak maklumat dapat saya berkongsi bersama mereka. selain itu, saya juga banyak melayari internet bagi menambah maklumat. Banyak blog-blog dan laman ilmiah lain dapat saya temukan dalam proses maklumat tambahan.

selain itu, saya juga turut berkunjung ke perpustakaan Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan jurnal, artikel, dan buku yang berkenaan dengan masalah kesetian dan berkaitan erat dengan agama. Banyak buku yg saya temukan, jujur saya sedikit bingung karena harus membaca buku itu semua hahaha, memang banyak tapi saya tak ada pilihan mahu tidak mahu saya harus mendapatkan maklumat yang banyak. Hasilnya saya telah mendapat beberapa jurnal dan artikel yang berkaitan dengan tajuk kesetian kepada Tuhan (Allah SW).
segala maklumat yang di temui telah di kumpulkan menjadi sebuah fail rujukan bagi memastikan proses dalam menyiapkan penulisan ini dapat di lakukan sebaik mungkin.